NGL cuti yang panjang akhir Mei minggu lepas dan selepas berdoa di Hari Arafah, memberikan satu semangat yang baru. Mungkin sebab dah buat 6 dream duas dari Allahyarham Sheikh Muhammad AlShareef makanya dah jadi 6 matlamat untuk dicapai sebelum Hari Arafah yang seterusnya jika dipanjangkan usia dan diizinkan Allah.
Salah satunya adalah menjadikan rumah kami syurga kami sekeluarga. Ini antara doa yang dititipkan:
Ya Allah, jadikan rumah kami syurga buat kami sekeluarga, dipenuhi barakah, sakinah dan mawaddah serta kuatkanlah hati kamu untuk menempuh segala liku dan cabaaran kehidupan bersama-sama.
Bilik kecil atau bilik ketiga di kediaman kami ni sememangnya nostalgia kerana ia adalah bilik arwah Atuk perempuan. Dekat dengan pintu masuk, terdapat sinaran cahaya lampu di luar rumah dan tak perlu banyak barang menjadikan bilik ini lengkap seadanya. Boleh jadi tempat tidur, ruang solat, kawasan lepak anak dan tempat bersiap untuk saya di awal pagi untuk ke tempat kerja. Jadi, bilik ini digazetkan sebagai tempat peribadi saya dan Dani.
Minggu lepas, suami buat spring cleaning bilik ini. Jadi tugas saya pula untuk menjadikan bilik ini kemas dan selesa untuk bersantai. Jadi, berinspirasi daripada ChatGPT, saya mula membuat pembelian barang dan ubah suai sedikit sebanyak supaya hampir sama seperti dalam gambar.
Nantikan dekorasi sebelum dan selepas bilik kecil ini.
Minggu depan. 😛
