Makin bersawang ya blog ni tapi yuran tahunan tetap potong macam biasa haha. Anak tunggal pun dah masuk darjah satu bersekolah dia sekolah kebangsaan. Tahun lepas dan tahun ni agak mencabar. Jom recap and simpan rekod perkembangan semasa dalam kehidupan seharian seorang manusia bernama Nadia.
Perkara positif yang telah berlaku:
- Tempat kerja depan rumah. Elak kesesakan lalu lintas, tol, petrol dan sebagainya. Tapi tetaplah kena pandu kereta setiap hari nak ambil anak.
- Sekolah anak dekat dengan rumah mawan dia. Lepas sekolah duduk rumah mawan. Tak pergi sekolah agama lagi, sementara ni ajar sendiri dekat rumah.
- Akhirnya setelah 2 tahun bekerja, dapat kenaikan gaji +/- 3%. Alhamdulillah.
- Kalau capai target, dapat insentif dan bonus setiap tahun. Alhamdulillah.
- Pembiayaan kereta sekarang dalam RM5k dan akan habis dalam bulan Oktober.
Perkara sedih yang telah terjadi:
- Suami tidak bekerja kerana syarikat telah tutup. Buat masa ni, tugas dia jadi supir (ambil dan hantar pergi kerja dan sekolah).
- Dua lagi sahabat masa kerja Peremba telah meninggal dunia. Kehilangan arwah Kak Aidah lebih dirasai sebab dia macam kakak yang banyak bagi nasihat, kata-kata semangat, bagi pinjam baju, bawakan sarapan, pergi lunch sama-sama. Semoga Allah merahmati roh sahabat-sahabat kami dan ditempatkan di syurga tertinggi. Aamiin.
- Sekarang dah tak lepak dekat TCBL sebab dah tak mampu tanggung perbelanjaan beli kopi. Zus Coffee jadi pilihan sebab ada cawangan dekat tempat kerja, harga mampu milik dan syarikat tempatan.
Semoga tahun ni lebih bersemangat update blog sebab trend mulai berubah. Saya sendiri jarang update Instagram dan Facebook. Setia dekat X dan kadang-kadang dekat Thread.
