Lima bulan lagi

…sebelum menjengah ke tahun baru. Tapi sebelum tu, bulan lepas telah selamat masuk ke usia 39 sebelum beralih ke kelab 3A (4). 🙂

Bertanya kepada diri sendiri, apa pencapaian sepanjang tujuh bulan ini, memang tidak banyak, tetapi ada, dan dekat di hati. Antaranya, berjaya mengeluarkan duit KWSP akaun 2 untuk bayar prinsipal pinjaman perumahan dan sekaligus memendekkan 11 bulan dari tarikh yang dijadualkan. Perjalanan masih jauh, dengan langkah kecil ini akan membawa kepada langkah yang lebih besar dan teratur selepas ini.

Yang kedua, berbekalkan kesedaran untuk memaksimakan tax relief, saya membantu dengan membuka akaun SSPN untuk anak. Dengan ini bolehlah suamiku mendapat pelepasan sebanyak RM8,000 sehingga tahun 2027. Untuk saya sendiri tak banyak yang boleh saya lakukan sebab tersepit antara B40 dan M40. Saya cuba untuk memaksimakan pelepasan untuk gaya hidup dan perubatan sendiri.

Yang ketiga, saya mula berjinak-jinak belajar tentang aset digital mata wang kripto Bitcoin. Tak pandai sangat nak ulas tentang Bitcoin, niat saya cuma mahukan alternatif simpanan mata wang yang berguna di masa depan. Emas juga ada, tetapi tak banyak. Semuanya dalam kadar yang selamat.

Yang keempat, sebagai seorang minimalis, saya juga belajar konsep underconsumption. Contohnya, sebelum ni minum kopi Starbucks, lepas boikot, beralih ke The Coffee Bean & Tea Leaf, lepas tu cuba Zus pula dan sekarang saya memilih Oriental Kopi premix.

Yang paling ekstrem, saya cuba juga nak hidup macam foreigner yang bekerja di sini. Kalau gaji RM1,500, RM300 untuk belanja harian dan selebihnya hantar kampung. Nak tak nak, pada masa yang sama saya harus mencari punca pendapatan sampingan demi untuk melunaskan pinjaman perumahan yang kalau ikut kira-kira, sampai umur 68 tahun. Yikes!

Laman Nadia

Ini adalah blog peribadi, curahan hati dan tumpahan refleksi dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga mendapat sesuatu bermanfaat hendaknya.

insha-Allah.

Aug 2025
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031