Salam Syawal

Salam Aidilfitri! Salam 0-0

Rasanya Raya tahun ni paling santai. Yang mana terkejar-kejar tu kita tak ikut la. Duit raya pun dah tukar dan tersedia sebelum bulan puasa lagi. Kuih raya pun setakat 3 ke 4 balang tu pun jenuh nak habiskan. Mana tak buka lagi saya nak letak dekat pejabat. Baju raya anak pun dah beli siap-siap. Mungkin tahun depan kita tukar beli jenama Khatam sebab kualiti kain macam berbulu-bulu sikit.

Tengok mak-mak sibuk sediakan juadah Raya kesian pula. Kitonyo tak buat apa sangat. Baru nak belajar anyam ketupat :p

Saya belajar benda baru pasal raya. Raya Aidilfitri adalah perayaan untuk diri sendiri kerana berjaya menjalani ibadah puasa dan kembali kepada fitrah. Hanya sehari sahaja diharamkan puasa dan dikeluarkan zakat atas setiap orang untuk asnaf. Takbir pun sekejap sahaja, bermula dari Maghrib 1 Syawal sehingga habis solat Raya.

Raya Haji pula adalah perayaan untuk semua orang dan dianjurkan makan-makan. Diharamkan puasa selama 4 hari dan sunat muakkad korban haiwan ternakan dan dibahagi dengan semua. Takbir dari Subuh 9 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah.

Nasib tak ambil cuti raya sangat. Tahun ni saya cuba nak ubah kebiasaan dengan lebih meraikan Raya Haji nanti. Semoga dipermudahkan untuk buat ibadah korban tahun ni. Aamiin.

Leave a comment

Laman Nadia

Ini adalah blog peribadi, curahan hati dan tumpahan refleksi dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga mendapat sesuatu bermanfaat hendaknya.

insha-Allah.

Apr 2025
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930