
Setiap kali musim Tahun Baru Cina, memang menantikan makanan kegemaran ni. Saban tahun tak beli sendiri sebab takut tak boleh habis. Tapi 2025 ni, saya terus je beli dan simpan dalam peti ais untuk dihabiskan dalam masa 2 hari. Ada je portion untuk seorang tapi saya tak nak try and error.
Saya buat pesanan yee sang saiz medium dari Canton Boy, MyTown menerusi Grab. Harga dalam RM93.28 tak termasuk caj penghantaran. Sampai je, terus gaul dan ngap! Mmm sedap betul. Mungkin simpan sikit keropok dia asing-asing kalau nak kekalkan kerangupan.
Kalau buat makan sendiri, dah tak guna chopstik dah. Sudu je terus. >.<
