Salah satu azam tahun baru 2025 adalah dengan menyenaraikan belanja setiap bulan. Bila dah nampak, baru boleh buat pelan tindakan untuk kurangkan bahagian yang patut. Januari memang banyak belanja sebab nak bayar cukai taksiran, cukai petak dan pembentungan air. Semua ni termasuk dalam kategori lain-lain (18.50%)

Saya dan suami dah mula menyimpan dari November 2024 untuk belanja Raya 2025. Lepas fikir balik, baik diteruskan simpanan secara bulanan untuk bayar insurans dan road tax kereta. Duit lebih tu untuk gantikan barang perabot yang dah rosak.

Masih lagi fikir cara nak kurangkan prinsipal pembiayaan rumah. Tadi call bank, baki pinjaman belum campur faedah adalah sebanyak RM355k setakat Disember 2024. Aigoo~

Laman Nadia

Ini adalah blog peribadi, curahan hati dan tumpahan refleksi dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga mendapat sesuatu bermanfaat hendaknya.

insha-Allah.

Jan 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031