Minggu ke 3 dah mula sesi homeschool ya. Tapi kita buat waktu malam lepas makan dan santai sekejap. Tahun ni D dah nak masuk umur 6 tahun jadinya kita dah siap-siapkan apa yang perlu dicapai sebelum akhir tahun mengikut perkembangan semasa dia.

Antara silibusnya: 3M (menulis, mengira dan membaca), pendedahan kepada 5 bahasa (Melayu, English, Isyarat Tangan, Mandarin dan Arab), beserta Adab, Tauhid (mengenal Allah) dan Iqra’. Sekarang D punyai minat tentang negeri-negeri di Malaysia dan negara-negara di seluruh dunia. Makanya, kita selitkan pembelajaran tentang itu juga.

Siapa yang happy? Mestilah D sebab teacher mummy ni cool je dan waktu belajar pun tak sampai 30 minit. Siapa yang paling happy? Mestilah teacher mummy dia sebab boleh beli bahan pembelajaran montessori. ๐Ÿ™‚

Laman Nadia

Ini adalah blog peribadi, curahan hati dan tumpahan refleksi dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga mendapat sesuatu bermanfaat hendaknya.

insha-Allah.

Jan 2025
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031