Pre-homeschool

Ada ke perkataan tu? Haha. Persediaan atau percubaan untuk homeschool, mungkin?

Saya serba salah bila paksa dan pujuk anak pergi preschool. Dia cuma nak pergi kalau tak belajar. Alasannya sebab dia tak tahu bila cikgu ajar. Tujuan utama saya hantar dia preschool adalah untuk dia berkawan dan merasa suasana belajar. Tak pandai pun takpe. Cikgu-cikgu tiada memaksa dalam pembelajaran. Saya ada cuba ajar sendiri di rumah. Tak banyak kerenah dan cepat juga faham. Tapi nak kena konsisten.

Sebagai ibu bekerja, kadang-kadang balik dah penat. Kita dulu tidur berbanding dia. Dengan kerenah dekat ofis, trafik sesak walaupun jarak tak sampai 10km, basuh baju, kemas dapur, jawab mesej bos lagi. Betapa saya culas bab pendidikan anak. Pendidikan anak ni bukanlah tertumpu kepada 3M sahaja, tetapi lebih fokus kepada adab dan akhlak, kemahiran dan fokus kepada minat dia pada masa itu.

Boleh ke anak saya belajar setiap hari? Sambil tengok media sosial, saya mula kaji bagaimana mereka di luar negara boleh mula homeschool. Sebab preschool mereka pun tak lama. Dalam 2-3 jam sehari selama 3-4 hari je seminggu. Rupanya mereka ada rutin harian dan pembelajaran adalah fleksibel ikut kesesuaian waktu. Fokus anak pun hanya dalam 25 minit jadi buat apa nak belajar sampai sejam lebih?

Kualiti vs. kuantiti.

Kebiasaannya, waktu pagi mereka mulakan dengan pembelajaran Bible. Samalah macam saya dulu pun lepas solat Subuh, terus mengaji Quran depan atuk. Sebaiknya waktu pagi dimulakan dengan mengutamakan hal Akhirat. Kemudian, saya akan selitkan pelajaran adab, etika serta 3M. Belajar dari pelajar sekolah rendah di Jepun.

Saya cuba untuk hadkan bajet dan buat rujukan dan modul sendiri bersesuaian dengan anak saya. Semoga ini menjadi permulaan untuk sesuatu yang baru di masa hadapan. In sya Allah.

Laman Nadia

Ini adalah blog peribadi, curahan hati dan tumpahan refleksi dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga mendapat sesuatu bermanfaat hendaknya.

insha-Allah.

Oct 2024
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031