Alhamdulillah, sejak awal Ramadan sampai nak masuk Awal Muharam, saya istiqamah untuk tidak update apa-apa di media sosial. On hiatus la omputih kata.

Statistik setakat Januari 2024, lebih kurang 83% populasi di Malaysia aktif menggunakan media sosial. Ada baik dan buruknya juga. Baiknya lebih kepada perniagaan dan buruknya kepada pengguna itu sendiri jika tidak dikawal.

Buat masa ini, saya mempunyai akaun di laman Facebook, Instagram, X dan LinkedIn. Dah alang-alang berehat tu, saya terfikir nak tutup akaun terus tapi tak dapat dinafikan informasi mudah didapati di laman sosial. Jadinya, saya buat keputusan untuk kurangkan posting di media sosial dan lebihkan mengarut di blog sahaja. Haha!

Ironinya, saya sendiri dalam bahagian komunikasi dan menjaga media sosial syarikat. 😛 Nak tak nak, kena juga la belajar tentang content creation. Memang menakjubkan ya orang yang terlibat dalam bahagian komunikasi memang jarang update dekat media sosial sama seperti orang yang bekerja untuk produksi TV tidak tengok TV. TV pun takde dekat rumah!

Apa-apa pun, saya cuma nak fokus dekat blog je. Gambar-gambar dekat media sosial pun saya dah banyak delete atau hide. Sesekali, saya akan mengarut dekat X. Call pun saya tak selalu angkat sebab nak elakkan kena scam. Kalau ada apa-apa, boleh terus mesej melalui WhatsApp je.

Mengamalkan konsep minimalis, biarlah blog ini sahaja tempat saya meluah rasa dan melontar pandangan peribadi. Sejenis tak kacau orang. Media sosial tu saya jadikan medium untuk dapatkan informasi sahaja. Tak penting sangat, bila-bila pun boleh tutup akaun.

Laman Nadia

Ini adalah blog peribadi, curahan hati dan tumpahan refleksi dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga mendapat sesuatu bermanfaat hendaknya.

insha-Allah.

Jun 2024
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930