Saya juga.
Saya suka bau, bilik, restoran, breakfast in bed, kudapan dalam bilik, pemandangan, servis dan layanan pekerja yang segak dan berbudi bahasa. Cakap pun lembut dan teratur je. Senang cerita, memang syok la duduk hotel, semua kemudahan disediakan dan servis pun tiptop. Tapi itu dulu.
Entah bila dan di mana silapnya, kemudahan yang suatu masa dulu hampir semua all-in dengan harga yang dibayar sekarang dah jadi a la carte. Parking berbayar, refreshment dalam minibar ada caj berasingan, nak check-in awal ada fee, room service pun kadang-kadang tak ditawarkan apatah lagi turndown service, memang jarang sangat ada hotel yang tawarkan. Kalau tak pulangkan keycard bilik pun akan dicaj ya, jangan main-main.
Bukan itu sahaja, lambat dapat bilik, kolam renang penuh, peralatan gimnasium rosak, suasana kelam kabut, restoran memanjang item 86, memang membuatkan mood ke laut. Saya rasa ada penurunan mendadak dalam perkhidmatan dari pekerja hotel – dari cara bercakap, pengetahuan tentang produk hotel dan mereka ini seperti sudah hilang rasa ‘prestij’ atau bangga dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Ada yang cuai, lupa, tak kisah, tak tahu dan tak teliti. Bersihkan bilik pun acuh tak acuh. Jadi, caj perkhidmatan 10% itu sebenarnya caj untuk apa?
Ini penelitian saya dari sudut pandang sebagai tetamu. Disclaimer – saya juga bekerja dalam bidang ini jadi prestasi dan kualiti yang menurun ini sedikit sebanyak mengganggu pemikiran saya. Tapi saya tak salahkan pekerja hotel terutama dalam bahagian operasi. Ini kerana masalah ini berakar umbi dari pengurusan tertinggi itu sendiri dek kerana ketamakan, micromanage, perangai dan kesempatan yang diambil.
Ada masa nanti kita sembang lebih dari perspektif pekerja. Sekarang ni, kalau tak ke mana, saya suka duduk di rumah je. Bagi saya, hotel hanya tempat persinggahan jika tak balik rumah. Plastik sampah dan penyangkut baju saya bawa sendiri, bilik hotel pun saya kemaskan sebelum lepak-lepak. Kalau pesan in-room dining, dalam hati berdoa banyak-banyak supaya makanan yang dihantar tu mengikut piawaian dan kebersihan yang ditetapkan.
Kadang kala teringin juga la singgah ke mana-mana hotel untuk me-time sekejap. Taksub baca newest review dulu. Saya tak pernah lagi ke Indonesia atau Thailand. Dengar kata, perkhidmatan hotel di sana lebih disenangi. Semoga industri perhotelan boleh kembali ke zaman kegemilangan dulu. Buat masa sekarang saya memang tak boleh lama-lama duduk hotel, mesti rindu nak balik rumah keesokkan harinya. Saya perah sedikit kreativiti untuk cantikkan rumah dan buat servis macam dekat hotel. Lebih bahagia begitu.
