Setiap tahun, memang kebiasaan untuk saya periksa setiap komitmen kewangan saya supaya on track. Salah satu cara adalah dengan mendapatkan rekod terkini CCRIS daripada Bank Negara. Masa awal-awal dulu, saya gigih pergi ke Bank Negara, guna kiosk kat sana untuk print CCRIS report. Lepas tu muncul pula CTOS yang sediakan perkhidmatan berbayar untuk rekod dan skor kredit kewangan kita. Sejak dari tu memang guna CTOS je la walaupun kena bayar RM25 (tahun 2020).

Apabila dapat tahu yang Bank Negara sediakan perkhidmatan ni secara percuma, memang teruja la. Sekarang dah 3 tahun guna (rasanya kut). Masa saya dulu, kena pergi kiosk CCRIS untuk daftar. Kiosk ni ada di pejabat AKPK juga jadi saya pilih untuk naik lrt dan berjalan sampai ke Maju Junction. Maju Junction yang terletak di Jalan Sultan Ismail, KL tu rupanya dah tutup tapi pejabat AKPK masih beroperasi lagi. Lepas dah daftar baru buat secara online dan boleh akses laporan kredit saya.
Yang terkini dengarnya dah boleh daftar online, tak payah dah pergi kiosk. Boleh terus daftar online dan buat pindahan RM1 ke akaun Bank Negara sebagai cara pengesahan digital. RM1 tu nanti akan dipulangkan semula ke akaun kita dalam masa 2 hari bekerja selepas pendaftaran.
Cakap pasal laporan kredit ni, awal-awal dulu memang ada 4 ke 5 komitmen kewangan. Lepas tu beransur-ansur selesaikan tinggal la satu je iaitu pembiayaan rumah. Ni pun duk fikir lagi macam mana nak bagi rekod kosong je sebab tak syok la ada hutang ni. Ini pun kira financial minimalism kan?
Kalau baca ni, selitkan doa untuk saya dipermudahkan dan dipercepatkan selesai bayar rumah ya. Saya pun mendoakan pembaca agar dipermudahkan untuk menyelesaikan segala kesulitan yang membelenggu diri dan keluarga. Aamiin~
