Raya lepas berkesempatan ziarah Wan (belah mama) yang uzur dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam sekitar 4 petang hari Rabu, 17 Mei 2023. Jenazah selamat dikebumikan pada malam itu juga (jam 9 malam). Dari proses mandikan, solat, dan tanam jenazah, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Saya sempat cium pipi dan dahi arwah. Wanginya, bersihnya wajah arwah akan sentiasa tersemat di ingatan seolah-olah arwah telah bersedia meneruskan perjalanan ke alam seterusnya.
Hari ini, Isnin 29 Mei 2023, adalah hari ke 6 saya berpuasa ganti. Ada lagi 4 hari untuk selesaikan 10 hari puasa ganti. Semoga tiada aral melintang, dan dikuatkan hati ini untuk sempurnakan puasa ganti untuk tahun 2023.
Apa ya matlamat yang nak ditetapkan untuk bulan Jun? Kita atur langkah satu persatu biar tak kalut dan kekal tenang dalam melalui kehidupan seharian.
