Betul ke terjemahan ni dari perkataan English – Financial Minimalism? Haha
Sejak dari tahun 2021 lagi saya mula untuk unlearn dan relearn pelbagai topik termasuk kewangan. Semuanya berasaskan prinsip Islam. Saya tahu tentang riba dan konsep patuh syariah tetapi telah digelapkan mata ini dengan perkataan seperti faedah/bunga dan perkataan Arab yang agak susah nak sebut apatah lagi nak faham.
Sepanjang saya menelusuri maksud sebenar perkataan seperti riba, kewangan Islam, patuh syariah barulah persoalan saya dirungkaikan satu persatu. Kesimpulannya, hukum adalah Harus bagi kebanyakan produk kewangan Islam (dan Haram untuk Konvensional). Ada yang berpendapat dibolehkan atas alasan darurat. Bergantung kepada prinsip diri nak ambil hukum yang mana ya.
Tetapi saya lebih suka fokus kepada perkara yang bermakna dalam kehidupan dan menolak perkara-perkara yang mengusutkan fikiran dan jiwa. Haha! Alhamdulillah, saya masih lagi istiqamah untuk menolak dari mengambil pinjaman peribadi, kad kredit, BNPL, dan segala tok nenek yang menjurus kepada riba. Saya turut elakkan pelaburan kerana saya tidak arif tentang ini.
Kecuali, pembiayaan rumah yang masih ada lagi 33 tahun untuk dilunaskan. Ini sahaja sudah cukup buat saya sesak nafas. Ulasan lebih lanjut dalam post lain.

Inilah belanjawan untuk tahun depan yang saya rangka sendiri dengan matlamat jangka panjang untuk memendekkan jangka masa bayaran rumah. Peratusan untuk simpanan dikurangkan tapi diketatkan dari sebarang penggunaan. Fleksibelnya adalah pada lain-lain perbelanjaan bergantung kepada keadaan semasa.
Saya mengamalkan konsep minimalis tetapi ada fleksibiliti.
