Perkenalan kami amat singkat tapi cukup bermakna. Waktu2 terakhir digunakan sebaik mungkin untuk mengenali dengan lebih mendalam dan berkongsi pengalaman. Saling percaya antara satu sama lain membuatkan kami mudah meluahkan rasa kesukaran yang terpendam di hati. Satu persatu kisah diungkapkan dan air mata mula mengalir laju.
“It’s ok. Luahkan semuanya.”
Dan pertemuan itu berakhir dengan sebuah pelukan. Entah mungkin akan bertemu lagi atau tidak namun itulah saat yang paling indah. Pelukan itu sebagai satu sokongan dan tanda bahawa saya turut merasai kesedihannya.
Mungkin suatu kebetulan atau chemistry, kami bertemu lagi. Dengan wajah tenang dan saling berbalas senyuman, hati terdetik bilakah peluang kami untuk berbicara? Dengan izin Allah, walaupun masa yang diberikan singkat kami berbual dengan selesa. Berdua. Di tengah-tengah keriuhan orang ramai.
Perbualan kami terhenti seketika apabila seseorang yang dikenali datang menghampiri. Atau mungkin terhenti selamanya. Hampir pasti itulah kali terakhir pertemuan dan perbualan kami.
Semoga kami berada di tempat yang istimewa di hati masing-masing. Walaupun hati berat untuk melepaskannya pergi, diiringi tangisan dan doa semoga kami dipertemukan semula suatu hari nanti.
Saya akan merindui kamu setiap hari~

Leave a comment